Blue Sea + Sea Blue

















p/s :: Semua gambar di atas hanyala gambar suka-suki hilangkan TENSION  Hujung Minggu dan bukan utk tujuan Photo shoot *__* Sila klik pada imej utk paparan yg lebih besar 

Lokasi :: Tanjung Aru Beach 
                   Sutera Habour Resort  

Thank You for reading this entry (",)

[Ada Kalanya dalam hidup kita :')]


Ada kalanya dalam hidup kita ini memang perlu menangis.. kerna apa?
kerna kita perlu tahu bahawa hidup ini bukan hanya untuk ketawa ..

Ada kalanya kita memang perlu ketawa .. kerna apa?
kerna kita kena tahu mahalnya setiap nilai airmata itu ..

Ada kalanya kita perlu berterima kasih sama orang yang menyakiti kita .. kerna apa?
kerna merekalah yang mengajar kita erti tabah dalam hidup ..

Ada kalanya kita perlu berterima kasih pada orang yang tak mengendahkan kita .. kerna apa?
kerna merekalah yang mengajar kita erti berdikari dalam hidup ..

Ada kalanya kita perlu berterima kasih pada orang yang menjatuhkan kita .. kerna apa?
kerna merekalah yang akan memperhebatkan kita ..

Ada kalanya kita perlu berterima kasih pada orang yang menyiksa kita .. kerna apa?
kerna merekahlah yang menguji kita tentang kesabaran dan ketabahan ..

Hidup adalah tentang menghindari rasa dendam, iri hati, kesombongan, pentingkan diri sendiri dan kepercayaan .. 
Hidup juga tentang menghargai orang di sekeliling kita kerna dirinya sendiri bukan kerna apa yang di milikinya ..
  

Ada kalanya kita perlu tahu setiap pertemuan pasti akan wujudnya perpisahan ..

Sumber :: Klik Sini :)

Thank You for reading this entry (",)

Muslim Fashion Designer

Assalamualaikum :) 

Semenjak 2 menjak 3 menjak cuti nie, semakin kerajinan aq menghapdate blog, setiap hari ada jak Info yg ingin di kongsikan, tp x salah kn sbb itu hanyalah utk pengetahuan umum :) PEACE YO!!! Hari ni aq kongsi sikit pasal seorang Muslim Fashion Designer. Mesti ramai yang sudah kenal dan mungkin  juga ramai yg belum kenal sama DIAN PELANGI. Bagi siapa yang belum kenal tu hehehhehe sama la macam aq, kita sangat ketinggalan zaman, nasib baik jumpa twitter DIAN PELANGI  klu x sampai skrg x kenal (merapu). Dian Pelangi ni berasal dari Negara jiran Indonesia. Umur Dian 21 tahun (eh kita sama la) tp dia da kahwin la. Jejaka MACHO di luar sana sila jangan bersedih hehehehe. Fashion yang di tonjolkan memang la sangat menarik, bagi semua pengemar fashion ni  boleh la godeh2 blog DIAN PELANGI utk maklumat yang lebih lanjut *__*

About DIAN PELANGI


My name is Dian Pelangi. nick, Dian. I am Indonesian.
Pelangi means Rainbow in English, Arc-en-ciel in France, Regenbogen in Germany, and inArabian, قوس قزح.
I was born in South Sumatra, January, 14, 1991. I am 21 yearsold now.
my Father is a garment-owner, my mother is a boutique-owner.


that's why I named this blog, The Merchant Daughter.
my big brother, Dion, is a photographer.


my little brother, Dino, interested in hi-tech world.


and my little sister, Dinda, she's interested in make up.


I am a Moslem fashion designer.
interested with fashion and photography. and language also.
I love to sketching, singing, traveling, and trying new things.
I love to learn.

so give me a warm welcome, dear bloggers
(。◕‿◕。)






Maljis Perkahwinan Dian Pelangi #Exclusive 

Selamat Membaca (。◕‿◕。)

Sumber :: Twitter

Thank You for reading this entry (",)

Rahsia Wajah Berseri-seri

 >RAHSIA WAJAH BERSERI<

Ramai yang bertanyakan rahsia wajah berseri… Sebenarnya Tipsnya Senang Sahaja ….Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal – Mahal Pun… Berikut ialah bagaimana wajah juga boleh kelihatan berseri-seri :)
-Bangun awal pagi untuk solat subuh . Air wuduk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit .
-Menunaikan solat zohor di tengah hari . Air wuduk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata .
-Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang . Air wuduk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang .
-Tidak berlengah untuk solat maghrib . Air wuduk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut 
-Sentiasa ingat solat Isya’ di waktu malam . Air wuduk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran .
-Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T .
Tapi, Sayang . Masih Ramai Belum Menyedarinya…?

p/s buat diri sendiri :: Amalkan (InsyaAllah)

Thank You for reading this entry (",)

Cara Hilangkan Rasa Sedih


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. 
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. 

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. 

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri. 

2. Buang Sikap Risau. 
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur. 
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf. 
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. 

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda. 

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa. 
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran 
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. 

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan. 

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction. 

7. Hati Mesti ‘Keras’. 
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. 

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. 

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. 

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. 

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

8. Jangan lupa ALLAH.
Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur'an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.


Smile Always *____*

sumber :: blog rojak


Thank You for reading this entry (",)

Kesan Letak Laptop Atas Riba


GAMBAR yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.



CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari..



Gambar yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.



Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.


Kesan Untuk Lelaki

Walaupun makin banyak teknologi yang di cipta bagi mengganti laptop seperti iPad dan lambakkan berbagai jenis smartphone, penggunaan laptop tetap menjadi pilihan sebahagian besar penghuni dunia.

Penggunaannya yang sangat ‘mobile’ merupakan faktor yang mendorong ramai memilikinya bagi menggantikan ‘desktop’.

Malangnya laptop ini sebenarnya mendatangkan sedikit masalah kepada kaum lelaki. Menurut sumber yang diperolehi di jurnal Fertility and Sterility, Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin:

1. Satu kajian telah dibuat ke atas 29 pengguna laptop yang menggunakannya dengan meletakkan laptop tersebut di atas riba (dalam keadaan duduk) mendapati skrotum mereka telah memanas dengan cepat. Dalam 10-15 minit yang pertama, suhu pada skrotum mereka telah meningkat naik, dan yang malangnya pengguna tersebut tidak dapat merasakannya. Perkara ini amat merunsingkan.

Apakah itu skrotum?

Skrotum adalah organ atau bahagian lelaki yang terletak di belakang zakar. Skrotum ini adalah sarung bekas yang mengandungi testiskel, salur darah dan saraf sperma.

2. Walaupun tiada bukti kukuh yang mengesahkan laptop ini akan menggugat kesuburan lelaki, tetapi dalam kajian awal telah menunjukkan bahawa pemanasan skrotum walaupun melebihi 1 darjah Celsius sudah cukup untuk merosakkan kualiti sperma.

3. Dalam ujian yang dijalankan, sekiranya kita meletakkan laptop ini di atas peha, pastinya lutut perlu dirapatkan dan selepas penggunaan selama sejam, suhu skrotum didapati telah meningkat naik kepada 2.5 darjah Celsius. Penggunaan ‘pad’ ataupun bantal di bawah laptop bagi tujuan penyejukan juga tidak membantu untuk menurunkan suhu panas ini.

4. Oleh itu, bagi semua pengguna laptop lelaki adalah dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan laptop di atas riba dan gunakanlah meja. Sekurang-kurangnya kita bertindak mencegah risiko masalah kesuburanpada diri kita dan makanlah makanan yang sihat serta bersenamlah selalu.


sumber :: blog rojak

Thank You for reading this entry (",)

#2 Wordless Wednesday [Kelas Bakery]













Pullman Bread  *___*

French Loaf Bread  *____*

p/s :: Bakal2 Master Chef Malaysia *____* InsyaALLAH

Thank You for reading this entry (",)