Kasih Yang Suci --> Nora Elena


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena di nodai. Andai masa boleh di ulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru....

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataanya tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa Cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagaikan bayang-bayang yang tak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas Seth

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. sebenarnya Seth la lelaki durjana itu. Menodai atas alasan kasihnya yang suci!! Benarkah??

"Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... 
saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta maknanya saling memberi dan menerima"..

Nora Elena akhirnya redha menerima Seth. Dan dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itu syurganya di akhirat nanti..^__^ 





Nora Elena [Tv3] 

 Tahnia buat penulis Novel Kasih Yang Suci Meen Zulaikha.. memang best la crita nie 
[terbaik dr Ladang] 

Thank You for reading this entry (",)

No comments:

Post a Comment